Chat with Rubisa:

Isnin, 16 Mac 2009

KEGUGUPAN PESRTA AF7

by gua.com.my / 16 Mac 2009
Gugup dan gementar - itulah gambaran secara keseluruhan tentang persembahan peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) di dalam konsert pertama mereka yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, baru-baru ini.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang peserta yang dilihat menyerlah serta wajar diberikan pujian. Antara peserta yang kelihatan berkeyakinan dan mampu menyampaikan lagu pilihan sendiri dengan baik ialah Isma yang menyanyikan lagu “Sepi”, Hafiz (“Lagu Kita”) dan Aril yang lincah ketika menyampaikan lagu “Rahsia Perempuan”.




Namun Hafiz kelihatan mendahului rakan-rakannya yang lain apabila mendapat kritikan positif daripada ketiga-tiga juri tetap AF7 yang terdiri Datuk Khatijah Ibrahim, Adlin Aman Ramli dan Edrie Hashim. Malah ada yang menganggap cara nyanyian serta persembahan Hafiz seumpama seorang penyanyi profesional."Persembahan awak sangat bagus dan saya dapat rasakannya di hati saya. Pergerakan awak di atas pentas juga nampak profesional dan awak ada pakej seorang penghibur," ujar Edrie yang kagum dengan kebolehan peserta yang berasal dari Sarawak itu.


Sementara itu, Datuk Khatijah Ibrahim yang julung-julung kalinya menjadi juri AF7 menyatakan kekagumannya terhadap Hafiz dan berharap dia akan terus konsisten dengan persembahan berkualitinya di dalam konsert yang akan datang.Lain-lain peserta yang turut menonjolkan bakat pada malam tersebut ialah Adila yang menyampaikan lagu “Di Bawah Pohon Asmara”, Rini (“Elergi Sepi”), Claudia (“Sempurna”), Zizi (“Molek”) dan Aishah yang menyanyikan lagu “Dan Sebenarnya”. Rubisa bersemangat menyampaikan lagu “Matahariku” yang pernah dipopularkan oleh Agnes Monica, Qhaud (“Phoenix Bangkit Dari Abu”), Yazid (“Penghujung Rindu”), Sidi (“Terima Kasih Cinta”), Obri (“Jeritan Batinku”) serta Akim (“Hatiku Kau Luka”).Manakala Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina ketika ditemui memberitahu dia begitu berbangga dengan persembahan yang ditampilkan oleh para pelajarnya. Katanya dia menerima banyak ucapan tahniah dan yakin beberapa orang bintang bakal dilahirkan melalui program tersebut."Saya memang meletakkan harapan yang tinggi terhadap para pelajar pada malam ini. Kesungguhan mereka untuk menampilkan persembahan yang hebat sememangnya membuatkan saya kagum. Namun ini baru konsert pertama dan perjalanan mereka masih jauh. Kami di AF7 akan terus mengasah bakat mereka sebaiknya," ujar Tiara.Menurutnya lagi, terdapat beberapa orang peserta yang menerima kritikan teruk daripada juri kerana beranggapan peserta salah memilih lagu yang mampu menyerlahkan kekuatan vokal serta personaliti masing-masing. Namun sebagai Pengetua AF7 dia mempunyai sebab tersendiri mengapa memberi kebebasan kepada peserta untuk membawakan lagu pilihan masing-masing untuk konsert pertama ini.
"Untuk permulaan kami mahu lihat personaliti para pelajar serta genre muzik yang macam mana mereka suka. Daripada situ, saya dan barisan pengajar akan melihat kelebihan serta kekurangan pelajar untuk diperbaiki di dalam konsert-konsert yang akan datang," jelasnya.Tentang ketiadaan lagu “Menuju Puncak” di dalam konsert tersebut, Tiara menjelaskan perkara tersebut sememangnya perancangan pihak produksi walaupun ada yang beranggapan konsert sulung AF7 seumpama hilang seri tanpa lagu itu.

0 ulasan: