Chat with Rubisa:

Khamis, 23 April 2009

Bukan Main Lagi Bekas Pelajar AF7!


KL, 23 APRIL 2009: Hebat sungguh impak atau penangan Akademi Fantasia 7 (AF7). Murai Batu mengatakan demikian kerana mendengar khabar 3 pelajar wanita yang telah tersingkir iaitu Adila, Rini dan Rubisa sudah mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan. Ha, pasang strategi ke?

Pertama sekali, Murai Batu diberitahu Adila dah pasang pengurus baru. Dulu sebelum AF, kalau buat fotografi dengan pihak media mesti dia ditemani ibunya. Tapi sekarang ibu Adila dah boleh berehat kerana dah ada pembantu lain. Ketika ini Adila pun sudah mempunyai single terbaru dan mula berkumandang di corong radio.Selepas Adila pula, Murai Batu dapat tahu cerita menarik tentang Rini akan membuat single terbaru single dan kemungkinan akan bekerjasama dengan komposer terkenal, Aidit Alfian. Amboi, tahun depan bolehlah Rini bertanding dalam AIM, Muzik Muzik atau ABPBH pulak.

Sementara itu, Murai Batu tidak ketinggalan mendengar cerita tentang Rubisa. Dia antara bekas pelajar AF7 yang mendapat tawaran persembahan yang paling banyak. Malah, Rubisa akan berhijrah ke Kuala Lumpur bulan Jun ini kerana mahu memberikan fokus kepada kerjaya seninya.

Baguslah tu.Pun begitu, Murai Batu masih belum dengar cerita mengenai Sidi, Obri, Qhaud dan Zizi. Tapi sikit hari nanti mestilah ada perkembangan menarik tentang mereka tu. Apapun, Murai Batu dapat tahu, keluarga Obri akan membuat majlis kenduri doa selamat sempena penyertaannya dalam AF7 lalu serentak dengan satu majlis pertunangan. Hai siapa bertunang? Obri ke?

0 ulasan: