Chat with Rubisa:

Ahad, 15 Mac 2009

KONSERT 1 AF7





Konsert Pertama Akademi Fantasia 7 berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil tahun ini telah menampakkan banyak perubahan, mungkin ini yg diwar-warkan sebagai 'transformasi'. Seperti sudah menjadi tradisi Akademi Fantasia setiap pelajar pasti mempunyai 'tagline' tersendiri , tetapi tidak pada musim ini. Tetapi yg masih menjadi tanda tanya ialah mengapa pembukaan konsert tiada langsung gerak tari dan Lagu Tema Akademi Fantasia... adakah ini juga sebahagian dari 'transformasi' atau kerana pelajar masih belum menguasai tarian ataupun kerana kesuntukan masa. Kita tunggu jawapan dan ulasannya nanti....

Boleh dikatakan Konsert pertama Akademi Fantasia musim 7 adalah terbaik pernah saya saksikan , jika dibandingkan dgn Akademi Fantasia musim sebelum ini konsert pertama pasti akan ada lupa lirik , pitching ke laut dan macam-macam lagi. Tapi komen juri pada malam ini keseluruhan amat memuaskan dan positif.


Rubisa sekali lagi membuktikan kemampuannya dengan membawa lagu Matahariku (Agnes Monica) dengan amat baik serta penuh penghayatan. Pada awalnya saya amat risau dengan masalah kesihatannya dimana sakit tonsilnya amat teruk, sehinggakan dia dilarang berlatih menyanyi semasa di Diari Akademi Fantasia. Ternyata Rubisa memang seorang penyanyi dan bakal penghibur yang berbakat serta perpengalaman, Rubisa berjaya mengatasi sakit tekaknya dalam membuat persembahan yang mantap. Jarang kita mendengar pujian dari Saudara Adlin Aman Ramlie tetapi Rubisa berjaya mendapat pujian pada Konsert pertama.


Antara komen penkritik kepada Rubisa adalah :

  • Edrie kata persembahan lambat. Mampu menahan nota tinggi dengan lebih baik.
  • Dato' Katty kata espresi yang baik tetapi tidak mampu mengawal nota tinggi dan rendah dengan baik. Mempunyai vokal yang baik
  • Adlin kata persembahan yang baik untuk konsert pertama. persembahan dinamik dan romantik. Ringkas tetapi menarik

Jika di lihat di Diari Akademi Fantasia sepanjang minggu pertama ternyata kewujudan Rubisa di Akademi seperti di sisihkan, sedangkan kita sedia maklum bahawa di Akademi terdapat banyak lensa kamera tersembunyi. Tetapi mengapa pelajar seorang ini tidak mendapat liputan , adakah berlaku pilih kasih atau Rubisa yang lari dari kamera. Ternyata segala penampilan yang cuba ditonjolkan oleh pelajar lain seperti Sidi yang rindukan isterinya sehingga pening dan tak dapat fokus pada nyanyian hanya satu gimik minta kasihan atau populariti tidak berjaya diperolehi nya dari pengundi. Mungkin penonton bosan dengan adegan tangisan minta kasihan ini ternyata undi beliau jatuh menjunam hingga tangga terakhir.

Berikut adalah kedudukan undian sebelum konsert
PELAJAR PERATUS (%)

  1. ISMA 10
  2. RUBISA 10
  3. YAZID 9
  4. RINI 8
  5. ZIZI 8
  6. CLAUDIA 8
  7. ARIL 7
  8. OBRI 7
  9. AKIM 7
  10. HAFIZ 6
  11. SIDI 6
  12. AISHAH 6
  13. QHAUD 5
  14. ADILA 5
Kedudukan pelajar AF selepas undian ditutup
PELAJAR PERATUS (%)


  1. HAFIZ 10
  2. RUBISA 9
  3. YAZID 9
  4. ARIL 8
  5. ZIZI 8
  6. ISMA 8
  7. CLAUDIA 7
  8. AISHAH 7
  9. AKIM 7
  10. OBRI 6
  11. QHAUD 6
  12. RINI 6
  13. ADILA 5
  14. SIDI 4
Berbanding pula dengan Rubisa yang langsung tidak menangis atau mengadu kepada Pengetua tentang rindu kepada pada anak atau pun suami sehingga tidak dapat fokus menyanyi. Ternyata undi Rubisa tidak berganjak di tangga ke 2, walaupun kurang mendapat liputan dari kamera Akademi. Ini membuktikan bahawa penonton memang sudah dapat menilai dengan baik antara undi kasihan atau undi bakat. Ibu mana tidak rindukan anak, sesekali tergambar juga Rubisa menitiskan air mata ketika dalam kelas tarian namun dikuatkan juga semangat untuk tidak menunjukkan kerinduannya demi tidak meraih undi kasihan.

Syabas Rubisa, buktikan pada semua orang bahawa juara Akademi Fantasia musim ke7 tahun ini adalah seorang ibu kepada anak 1 dari Kota Marudu, Sabah.

2 ulasan:

Virgonz berkata...

sy cadangkan kepada admin untuk letak shoutbox kat tepi untuk memudahkan para pengunjung especially peminat RUBISA utk tinggalkan mesej.... selain tuh letak lah juga Chatango (Chat Room) kat sini agar mudah untuk peminat2 rubisa berkumpul serta bersembang... thanks..

Virgonz berkata...

jan lupa layari blog sy k hehee.. http://headhunters89.blogspot.com/