
KL, 23 APRIL 2009: Hebat sungguh impak atau penangan Akademi Fantasia 7 (AF7). Murai Batu mengatakan demikian kerana mendengar khabar 3 pelajar wanita yang telah tersingkir iaitu Adila, Rini dan Rubisa sudah mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan. Ha, pasang strategi ke?
Pertama sekali, Murai Batu diberitahu Adila dah pasang pengurus baru. Dulu sebelum AF, kalau buat fotografi dengan pihak media mesti dia ditemani ibunya. Tapi sekarang ibu Adila dah boleh berehat kerana dah ada pembantu lain. Ketika ini Adila pun sudah mempunyai single terbaru dan mula berkumandang di corong radio.Selepas Adila pula, Murai Batu dapat tahu cerita menarik tentang Rini akan membuat single terbaru single dan kemungkinan akan bekerjasama dengan komposer terkenal, Aidit Alfian. Amboi, tahun depan bolehlah Rini bertanding dalam AIM, Muzik Muzik atau ABPBH pulak.
Sementara itu, Murai Batu tidak ketinggalan mendengar cerita tentang Rubisa. Dia antara bekas pelajar AF7 yang mendapat tawaran persembahan yang paling banyak. Malah, Rubisa akan berhijrah ke Kuala Lumpur bulan Jun ini kerana mahu memberikan fokus kepada kerjaya seninya.
Baguslah tu.Pun begitu, Murai Batu masih belum dengar cerita mengenai Sidi, Obri, Qhaud dan Zizi. Tapi sikit hari nanti mestilah ada perkembangan menarik tentang mereka tu. Apapun, Murai Batu dapat tahu, keluarga Obri akan membuat majlis kenduri doa selamat sempena penyertaannya dalam AF7 lalu serentak dengan satu majlis pertunangan. Hai siapa bertunang? Obri ke?
ARKIB BLOG :
Khamis, 23 April 2009
Bukan Main Lagi Bekas Pelajar AF7!
Dicatat oleh syahrum di 11:51 PG 0 ulasan
Label: Oleh : Murai batu
Rabu, 15 April 2009
Rubisa Benci Sikap Talam 2 Muka
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Baung
"Saya tak akan masuk program pertandingan lagi." Begitulah kata Rubisa sebaik saja namanya disebut sebagai pelajar yang tersingkir. Pengakuan ini dilontarkan atas kerana Rubisa atau nama sebenarnya, Rubisa Tiasin, sudah banyak kali menyertai program realiti seperti Mystar LG.Pun begitu, ibu kepada seorang cahaya mata ini bertekad akan terus berjuang menjadi penyanyi yang disegani sehebat penyanyi kegemarannya - Faizal Tahir dan Rossa."Apabila tersingkir, saya memang sedih tapi semua ini baru titik permulaan bagi saya. Selepas ini saya tidak lagi menyertai mana-mana program realiti kerana AF adalah pengalaman terbaik buat saya. Insya-Allah, lepas ini kami sekeluarga akan menetap di Shah Alam, Selangor, memandangkan suami saya baru saja dipindahkan bertugas di ibu negara," ujar Rubisa.
Jangan Tak Lihat
Mengakui dirinya sudah lama mengenali Zizi, Rubisa tidak menafikan dia sebenarnya lebih rapat dengan Claudia. Mungkin atas sebab status yang sama iaitu ibu anak satu. Pun begitu Rubisa kesal dengan satu perkara."Terus-terang saya katakan, saya memang tidak suka dengan kawan yang bersifat talam dua muka. Saya terkilan kerana ada yang sanggup memburuk-burukan kawan sendiri sehingga membuatkan orang lain percaya. Saya tahu, ada yang cuba jatuhkan kawan sendiri," ujarnya lagi.Sementara itu, Rubisa masih lagi tidak boleh lupa saat manis kemesraan kawan-kawan dalam akademi. Malah, gelak-tawa dan gurauan mereka semua masih lagi terngiang-ngiang dan terbayang dalam fikirannya."Selain Claudia, saya juga rapat dengan Aril. Untuk cikgu pula, saya suka dengan Cikgu Siti, Cikgu Shafi dan Cikgu Aris. Mereka semuanya banyak beri sokongan pada saya dan mudah faham masalah kami yang berstatus pelajar," tambahnya.Rubisa berkata penonton AF masih lagi belum berpeluang menilai bakat sebenarnya dalam bidang nyanyian. Atas sebab ini, dia bertekad untuk tidak akan pernah berputus asa walaupun dilanda cabaran."Saya tahu kemampuan saya malah saya boleh menyanyikan lagu bernada tinggi. Saya juga boleh menyanyikan 8 bahasa lagu yang berlainan," akhir Rubisa dengan yakin
Isnin, 6 April 2009
KEJUTAN PENYINGKIRAN ZIZI & RUBISA
by gua.com.my
Walaupun menonjolkan persembahan yang memberangsangkan, nasib ternyata tidak menyebelahi peserta ‘Akademi Fantasia’ musim ketujuh (AF7), Nur Fazelah @ Zizie Mohd. Tahil dan Rubisa Tiasin apabila diumumkan tersingkir dari program tersebut yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, baru-baru ini.Malah penyingkiran mereka berdua ternyata mengejutkan para penonton yang kebanyakannya berpuas hati dengan persembahan yang telah ditonjolkan. Apatah lagi mereka berdua sebelum ini sering mendapat kritikan positif daripada juri yang terbabit.Mengulas tentang penyingkiran tersebut, Zizi ketika ditemui, memberitahu dia berpuas hati dengan persembahan yang telah ditunjukkan. Katanya, walaupun sedikit kecewa dengan penyingkiran tersebut namun dia akan tetap meneruskan perjuangannya di dalam bidang seni."Kiranya saya keluar AF dengan bermaruah. Apapun saya tidak terlalu kecewa dan percaya rezeki ada di mana-mana. Pada malam ini saya telah mencuba bersungguh-sungguh dan bersyukur kerana peminat berpuas hati dengan persembahan saya," katanya yang telah menunjukkan persembahan baik menerusi lagu “Aku Dah Bosan” yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Amy Search.Ditanya tentang hubungan rapatnya dengan Yazid yang dikatakan melahirkan bibit-bibit cinta di antara mereka berdua di dalam program tersebut, gadis berusia 25 tahun ini menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Yazid seperti yang digembar-gemburkan.Namun dia mengakui mereka berkawan rapat dan saling bantu membantu semasa di dalam AF7. Malah katanya, hubungan rapat tersebut bukan sahaja terjalin diantaranya dengan Yazid malah dengan peserta lain."Saya dan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan. Kami hanya kawan biasa dan sebelum ini Yazid banyak bercerita hal keluarga dan berkongsi kegugupannya ketika di atas pentas."Kami sebenarnya rapat secara kebetulan apabila dia sukar untuk mendapatkan ‘feel’ ketika menyanyikan lagu “Aku Cinta Padamu”. Oleh itu, saya harap tiada pihak yang salah faham," katanya yang menyenangi lagu-lagu bergenre rock yang dinyanyikan di dalam AF7.Sementara itu, Rubisa yang turut terkandas daripada meneruskan persaingan, berterus-terang memberitahu, selepas AF7 dia tidak akan menyertai mana-mana program realiti lagi. Katanya AF7 merupakan sebuah program yang bagus dan telah mengangkat namanya ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya tidak akan masuk program realiti yang lain kerana AF merupakan program realiti yang bagus. AF sudah membawa saya ke tahap yang lebih bagus dan jauh. Kini saya semakin yakin untuk berjaya sebagai seorang penyanyi dan yakin mampu menyanyi dengan lebih baik," ujarnya yang sentiasa optimis.Diusik dengan persoalan tentang tingkah lakunya yang dikatakan kerap menangis di dalam AF7, ibu muda berusia 23 tahun ini menjelaskan dia bukan menangis untuk menarik perhatian orang atau meminta simpati seperti yang difikirkan oleh segelintir pihak. Sebaliknya itu adalah luahan hatinya dan dia mempunyai sebab tersendiri untuk menitiskan air mata.Dalam AF7 Rubisa yang mendendangkan lagu “Tiada Lagi” mendapat undian terendah iaitu lima peratus manakala Zizi mendapat undian sebanyak enam peratus. Selepas tersingkirnya Zizi dan Rubisa, kini hanya tinggal sembilan peserta yang akan meneruskan cabaran pada minggu kelima.Peserta yang masih bertahan adalah Ismaliza Ismail (Isma) yang menduduki tangga pertama dengan markah 16 peratus, Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau (14%), Yazid (12%), Mohd. Qhauhd Abdul Rashid atau Qhaud (9%) dan Afiq Hakim Ahmad atau Akim (9%). Tidak ketinggalan ialah peserta kecil molek Siti Aishah Bujang atau Aishah (8%), Khairil Azam Pilus atau Aril (8%), Claudia Fay Geres atau Claudia (7%) dan Mohd. Rashidi Mohamad Isa atau Sidi (7%).Konsert minggu keempat adalah tribute kepada dua ikon penyanyi dan penghibur terkenal tanahair, Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza. Pelajar wanita mendapat lagu-lagu nyanyian Amy Search manakala pelajar lelaki mendapat lagu nyanyian Siti.Selain pengkritik tetap iaitu Edrie Hashim dan Adlin Aman Ramly, Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search turut diundang selaku pengkritik jemputan. Sabtu, 4 April 2009
TUGASAN RUBISA
TUGASAN MINGGU keempat
TIADA LAGI (AMY SEARCH)
Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu
TUGASAN MINGGU KETIGA
ANGAN-ANGAN (RAJA EMA)
Angan-angan
Bila mencari pasangan
Yang bakal jadi pilihan
Si hartawan
Angan-angan
Jejaka pilihan hati
Punyai personaliti
Segak tinggi
Cari-cari
Tunggu-tunggu
Masih belum bertemu
Hari-hari
Yang berlalu
Meningkat usiamu
Pilih pasangan
Memang tak mudah
Asyik berangan
Tak jadi nyata
Angan-angan
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan
Angan-angan
Hanya indah dikhayalan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan
TUGASAN MINGGU KEDUA
DINGIN (ZIANA ZAIN)
Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama
*Chorus
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ujiannya
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah
Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama
*Chorus
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama
*Chorus
GAGAP (STACY)
Semalam ku keseorangan
Kau jawab dingin setiap pangilan
Bila ku cuba bermanja
Ku hanya bertepuk sebelah tangan
Katakan mengapa kau tak seperti selalu ?
Ini bukannya masalah ku yang hanya cemburu
Bila ku tanya kau pulang soalan padaku
Owh jawablah….
Saa saa saa sayangku mengapa ?
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ?
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu
menyuluh yang sudah terang benderang
Setelah episod itu
kau sering matikan SMSmu
telefon bimbitmu sering
menjadi temanmu di kamar kecil
Katakan mengapa kau tak seperti selalu ?
Ini bukannya masalah ku yang hanya cemburu
Bila ku tanya kau pulang soalan padaku
Owhh… Memang terlebih…
Saa saa saa sayangku mengapa ?
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ?
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu
menyuluh yang sudah terang-benderang
Saa saa saa sayangku mengapa ?
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ?
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu
menyuluh yang sudah terang-benderang
katakanlah pada daku
apa sebenarnya sedang berlaku
pada dirimu yang kau rahsia dari ku
mengakulah pada daku
jika benar syak wasangkaku
kan ku mulakan hidupku tanpa mu
seperti yang ku jangkakan
kau memang terlebih
namun, ku tak perlu risau kerna
aku Stacy auuww….
Owwhhh…..
Saa saa saa sayangku mengapa ? (jawab lah)
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ? (menganggu)
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu (tak perlu)
menyuluh yang sudah terang-benderang
Saa saa saa sayangku mengapa ? (ooo… wooo…)
Jawablah aahh aahh ahh apa yang menganggu ? (yang menganggu..)
Gaa gaa gaa gagapku menjelma
Ku tak perlu , tak perlu menyuluh yang sudah terang-benderang
TUGASAN MINGGU PERTAMA
MATAHARIKU – AGNES MONICA
Tertutup sudah pintu pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau
Reff:*
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh terhening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi
**
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu
Back to Reff:*
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
Back to Reff:**
Sabtu, 28 Mac 2009
DIARI RUBISA @ AF-7
Tone Placement
Rabu
11 Mac 2009
Syukur alhamdulillah.. hari ni penat sangat tapi banyak benda yang berguna aku dapat. Cheewah!.. First kelas Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Syafi kitorang warp up macam biasa. DO RE ME FA SO LA TI DO. Semput sikit, maklumlah, tekak tak sihat pastu menyanyi depan Cikgu Siti erm.. ada masalah tone placement. Tapi aku cuba untuk perbaiki.. pastu jumpa principal bercakap tentang grooming / penampilan. Best jugak, mana tau ditransformasikan.. hehehe
Masa kelas c. Aris kitorang praktis tentang lagu Menuju Puncak. Aku cuba tak tengok cermin masa menari takut masa atas stage aku ‘blur’. Tapi macam makin lembab plak otak aku ingat step, tapi itu satu latihan yang berguna untuk aku nanti. Takut gak C. Aris ingat aku lembab.. hehehe
‘COBAAN.. MISZ DANIAL!
_________________________________________________________________________________
Masalah Kesihatan Bukan Penghalang
Khamis
12 Mac 2009
Syukur Alhamdulillah… huh… baru abis sound check. Penat ooo… hehe… Satu hari ni kitorang abiskan masa ke kelas n praktis. First, untuk kelas C.Aris, continue tarian Menuju Puncak. Kiranya step dah abis, Cuma perlu diperbaiki lagi la.. Aku menari pun, boleh la…Bukan apa praktis untuk tak tengok cermin, takut blur masa on stage..
Pastu kelas C. Siti & C.Shafi, kitorang kena marah. Tapi aku positif. Aku anggap ja itu satu nasihat. Apa taknya teknik pun kitorang tak pass lagi. Ada gak la aku guna teknik yang cikgu bagi. Tapi oleh sebab suara aku serak, susah untuk aku tunjukkan.
Lepas je kelas C.Siti & C.Shafi kitorang bergerak untuk sound check. Bestnya.. Ya Allah tak pernah rasa nyanyi di stage sebesar itu. Sound pun meletup.. Macam mimpi la.
Sakit sangat tekak aku semalam. Tapi malas nak tunjukkan nanti orang kata minta kesian plak. Aku boleh!! Kesihatan tak menghalang minat aku dalam nyanyian. Mis Danial!! Harap dia sihat… _________________________________________________________________________________
Hari Yang Memenatkan
Jumaat
13 Mac 2009
Syukur Alhamdulillah, satu hari ni penat sangat coz ada full dress rehearsal. Tapi best macam hari sebenar jugak. Pagi tadi kitaorang jumpa principal dan cikgu-cikgu kena buat persembahan depan diaorang. Menggeletar jugaklah. Pastu budak-budak lelaki pergi sembahyang Jumaat.Kitaorang mengemas barang untuk ke dewan Sri Putra. K la mau tdo dulu. Chow. Miss Danial
________________________________________________________________________________
Cuak Kerana Penyingkiran
Sabtu14 Mac 2009
Syukur Alhamdulillah..konsert best! Hehe…pagi tadi kitaorang bangun lewat. Dpat vest. Pastu kitaorang bersiap untuk ke dewan Sri Putra, ada raptai untuk opening. Berdebar jugak lah. Tapi tak sabar. Pastu kitaorang make up dan pakai baju unuk konsert…bestnya. Risau jugaklah coz tonsil masih bengkak. Cuak juga ingatkan ada penyingkiran tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Harap esok aku sihat. Miss Danial.
___________________________________________________________________________________
'Talking2 London'
Ahad15 Mac 2009
Syukur Alhamdulillah hari ini kitaorang dapat bangun lewat sikit…hehehe…best! Bangun jer terus breakfast, dah sejuk bubur ayam. Pastu ke kelas, kelas pertama, kelas Cikgu Fatimah. Kitaorang disuruh cakap dalam B.I. Bestlah coz ada gak peluang belajar. Kalau di luar segan nak ‘talking2 london”. Wakakaka…ada mini game tapi group saya kalah. Tapi dapat gak hadiah. Pastu kitaorang relaks sampai lah balik hostel. Oklah..miss danial.
_________________________________________________________________________________
Syukur..
Isnin16 Mac 2009
Syukur alhamdulillah… Hari ini kitorang kena bagi lagu. Saya dapat lagu Dingin dari Ziana Zain & Gagap – Stacy Sebelum tu kitorang tengok video konsert pertama. Sedihnya.. kenapalah persembahan aku macam tu. Ya allah macam mau nangis jek. Bukan apa, aku tau yang aku boleh buat lebih baik dari itu, disebabkan kesihatann boleh sampai tahap yang teruk dari itu.InsyaAllah, minggu depan aku akan tebus balik apa yang telah aku buat pada first konsert. Benda tu harap tak berlaku lagi. Masa dapat lagu, risau gak coz aku tak pernah dengar kedua-dua lagu tu. Tapi ianya bukan halangan untuk aku buat yang betul & terbagus dalam AF7 ni.Aku belum mau pulang. Aku tau persembahan aku teruk.. Diri sendiri boleh tau & perasan persembahan teruk aku, apatah lagi orang lain. Tapi aku cuba buat ianya satu challenge yang membina.Pastu kelas Cikgu Siti Hajar. Seperti biasa vokal dan masa kelas Cikgu Aris kitorang touch up sikit-sikit ja lagu Menuju Puncak. Best! Semangat plak. Hehe.. Chow.. Mis Danial
___________________________________________________________________________________
Menyusahkan Astro Jak
Selasa, 17 Mac 2009
Pagi tadi kelas C. Aris, tapi sempat warm-up gak coz pagi tadi aku pi klinik dengan Zizi, minta ubat. Rasa menyusahkan jak pada pihak Astro. Aku tengah berusaha untuk buat yang bagus untuk konsert minggu ni. Sesi bertemu principal, tapi ok lah, nda sangka ada tetamu hari ni, Dafi & Sharifah Amani. Best dapat jumpa diorang! Pastu, Miss Ida punya kelas kitorang bincang pasal maksud lagu jak. Sambung balik dengan kelas C. Aris tapi sebelum tu jumpa C. Siti untuk check muzik & teknik vokal.Harap aku cepat sembuh, sedih gak coz macam minta simpati pulak. Insyaallah, esok harap hari yang ‘BAIK’. K la…Chow! Miss Daniel
___________________________________________________________________________________
Segalanya Berjalan Lancar
Rabu18 Mac 2009
Syukur alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar. Untuk kelas pertama kelas vocal bersama Cikgu Shafi. Pastu kelas C.Siti. Ehm.. tunggu turn apa gi tertido kejap. Pastu C.Aris, dia bagi idea untuk persembahan nanti. Bestlah!Pastu ada tetamu. Jo! Wartawan. Ehm.. tiada apa sgt Cuma bagi tips mengenai lepas keluar dari AF7. Itu jak la.. Chow… Miss Danial
__________________________________________________________________________________
Gemuruh Laa..
Jumaat 20 Mac 2009
Syukur alhamdulillah… Hari ini kitorang kena buat persembahan depan principal & cikgu-cikgu sebelum pegi full rehearsal. Mengantuk sangat coz semalam ada sound check. Tapi tak jadi penghalang untuk buat persembahan walaupun mata nak tertutup.Pastu budak-budak lelaki pi sembahyang kitorang plak ready untuk ke Dewan Sri Putra. Penat ooo…. Tapi enjoy laa… Masa kat dewan tu, gemuruh gak la coz macam buat show sebenar plak.Apa-apa pun harap-harap esok akan menjadikan hari yang lebih bermakna… oklah chow.. Miss Danial…
__________________________________________________________________________________
Sedih Adila Tersingkir
Sabtu21 Mac 2009
Syukur alhamdulillah… Hari ditunggu-tunggu pun sudh tiba.. Berdebar ni.. Tapi rest cukup. Kitorang bangun lewat sikit hari ni. Penat full rehearsal semalam. Aku masih risau lirik & tekak aku. Tapi buat-buat ok jak..Bila show mula aku exited coz nak tunjuk kat dorang Menuju Puncak. Masa menari tu takut gak, takut buat salah.. Aku nyanyi pon terlalu fokuskan pada lirik sampai persembahan pun terganggu..Ehm.. benda dah nak jadi… Sedih gaklaa coz kawan sebilik aku Adila tersingkir. Tapi itu memang dah jadi adat di AF. Da berapa tahun aku mengikuti perkembangannya so ianya bukan satu kejutan. Cuma terkejut coz dia adalah kawan aku.Aku harap dia dapat teruskan hidup dia di luar dengan happy oklah.. chow.. bye Miss Danial..
_________________________________________________________________________________
Nangis Tak Tau Lagu
Ahad22 Mac 2009
Syukur alhamdulillah, dapat gak la hari ni kitorang bangun lewat, penat sangat buat show semalam. Pastu ada kelas C. Fatty best sangat situ kitorang berpeluang untuk tengok gambar-gambar kenangan masa kecil. Malu oooo….. Tapi itu semua kenangan.Pastu ada kejutan, principal datang and bawak lagu untuk task minggu ini. Nervous coz lagu dibagi secara tikam. Aku ambik no.4 and dapat lagu Angan-angan (Raja Emma). Nangis la jugak co’z tak pernah dengar lagu tu.Insyaallah, harap aku akan suka lagu 2 and akan belajar bersungguh-sungguh untuk lagu ini and ambik apa yang diajar oleh cikgu… Insyaallah esok aka nada hari yang lebih baik oklaa bye.. Chow.. Miss Danial..
_______________________________________________________________________________
Gastrik
Isnin23 Mac 2009
Syukur Alhamdulillah, hari ini kitorang abes kelas dalam pukul 10.30pm penat gak la. Waktu pagi kitorang tengok video konsert minggu lepas. Ada good & bad comments, tapi nda apa itu satu benda yang patut dialami oleh pelajar. Pagi tadi sakit gastric sangat-sangat coz da lewat sangat makan. Pastu ada kelas Miss Ida dan mengajar cara bercakap bulat-bulat. Happy gak la.. ada game seronoklah.. habis dalam pukul 5.30pm pastu kelas cikgu aris. Masuk kelas je, dia marah, kenapa masuk kelas lewat, kitorang tak tau pun kelas dia start pukul berapa. Dia cakap pukul 5pm baru kitorang tau. Emm…naseb..naseb… abes kelas lewat coz dia buat koreografi untuk konsert minggu ini.. ehm.. l la chow! Miss Danial!
__________________________________________________________________
Ermm..Naseblah..Naseb...
Selasa 24 Mac 2009
Syukur Alhamdulillah hari ini kitorang ada kelas pagi bersama Cikgu Siti & Cikgu Shafi warming up siap kena ikat perut untuk merasa otot2 perut bekerja. Best lah! Tapi perut sakit. Pastu jumpa Principal ingatkan kitorang nak ditransformkan dari segi penampilan tapi hmm benda sama jugak. Pastu kelas Mis Ida, kena ikat lagi. Kena bercakap melalui mata, tangan kena ikat kat belakang. Penceritaan melalui mata la konon.. hihi best! Pastu kelas Cikgu Aris warming up jap pastu tolong kawan2 yang perlu di back up. Jadi pikir benda tu jugak ehem... asyik tolong orang untuk menyanyi dan menari tapi persembahan sendiri belum plan lagi, ni sebab Cikgu Aris la..Dia tak tanya dulu saya ada buat persembahan sendiri atau belum, ni asyik tolong orang, lirik aku pon belum hafal. Ermm.. naseblah.. naseb... Miss Danial!
__________________________________________________________________
Pengajaran Untuk Hari Ini
Rabu 25 Mac 2009.
Syukur Alhamdulillah. Hari ini dimulakan dengan sesi breathing bersama Dominic. Dia mengajar breathing dengan baik. Best la sakit-sakit otot perut aku. Hehe... pastu kelas cikgu Shafie ada kes yang tidak disengajakan. Aku ngan Zizi passing note. Ala.. bukan mengumpat & mengata sapa2 Cuma luahan hati kitorang je cuz kitorang bestfriend dari sekolah lagi tapi apa yang berlaku, Insyallah tak akan berulang lagi. Harap sapa yang terasa 2 meaflah lagipun kitorang dah minta maaf tadi. Erm.. pengajaran untuk hari ini. Tapi yang best ada guest artis Anggun. Lawa la. Suara pun sedap. Kitorang dapat cd. Pastu kelas Cikgu Aris, itu pun tumpukan yang kena back up. Aku praktis lagu sendiri, lewat petang baru dapat turn. Jumpa dengan Joe. Erm.. takde apa yang menarik, just play game jer. Think positif ja.. Insyallah.. hari esok adalah hari yang baik. K la.. Bye.. Chow! Miss Danial
___________________________________________________________________
Tunggu Turn Sound Check
Khamis 26 Mac 2009.
Syukur alhamdulillah… Sekarang ni tengah sound check di Dewan Putra Bukit Jalil. 9.50 pm tengah tunggu turn. Hari ni kitorang punya kelas dimulakan dengan warm-up ngan Cikgu Aris. Pastu ada guest datang Nana DJ Era. Dia berkongsi pengalaman ngan kitorang. Lepas tu kelas Cikgu Shafie. Praktis lagu Menuju Puncak and buat step untuk lagu tu bersama C. Aris. Lepas tu principal datang. Kitorang buat persembahan depan principal. Ehm.. ok gak laa. Aku nyanyi tak banyak sangat komen. Hanya cuba tambah gi feel pada lagu tu. Insyaallah untuk show, aku tak akan sia-sia apa yang aku da berusaha untuk ini. Pagi tadi aku buat plan untuk stage.. Faham-fahamlah aku kan pelupa.. Dengan cara macam tu aku akan ingat macam mana aku punya plan untuk persembahan hari Sabtu. Kla… Chow.. Miss Danial..
__________________________________________________________________
Terkebil Bijik MataIsnin,
30 Mac 2009
Syukur Alhamdulillah kelas hari ini dimulakan dengan Cikgu Siti Hajar. Sesi luahan perasaan erm.. sedih gak. Pastu sesi pembahagian lagu, terkejut gak coz budak lelaki kena nyanyi lagu perempuan oleh Datuk siti Nurhaliza dan budak perempuan kena nyanyi lagu lelaki oleh penyanyi rock Amy Search. Terkebil bijik mata kerana tak sangka cabaran macam tu sekali. Tapi inilah dikatakan competition. Sedia sahut cabaran! Pastu tengok video untuk konsert..ermm nampak ada peningkatan gak. Pastu kelas Miss Ida, seperti biasa cari maksud lagu dan belajar emosi. Lepas tu kelas Cikgu Aris, buat step baru untuk Menuju Puncak, penat gak kelas abis pukul 10.30pm. erm.. show! Miss Danial
__________________________________________________________________
Best Tapi Penat!
Selasa, 31 Mac 2009
Syukur Alhamdulillah, pagi tadi ada kelas Cikgu Aris, Cuma warm up jak, tapi penatnya Ya Allah!! Pastu kelas Cikgu Shafi, cek key lagi. Tapi turn aku tak sempat cz Chef Riz anak Chef Wan dating cerita pasal health & fitness. Bestlah! Dapat makan pasta & makanan seimbang, dapat belajar untuk diet tapi bantai gak 2 kali tambah makanan, Mana nak tolak rezeki haha. Pastu kelas Miss Ida, siap main ikat-ikat lagi.. hehe. Biasalah, kelas emosi hahaha. Pastu Cikgu Faty just jemput2 kitorang petang sikit kelas Cikgu Aris praktis Menuju Puncak & lagu Medley ’ Jerat Percintaan & Isabella” best tapi penat. Kelas abes lewat. K la, chow! Miss Danial
__________________________________________________________________
Surprise!
Rabu, 1 April 2009
Syukur alhamdulillah hari ini kelas dimulakan dengan kelas C Siti & C Shafi, praktis lagu untuk konsert. Pastu Principal datang ada surprise Amy Search datang bagi semangat & komen tantang nyanyian kitorang. Best sangat macam tak percaya sampai la petang. Pastu kelas C Aris buat Menuju Puncak & individu punya koreografer lagu untuk konsert macam2 pergerakan lah.. K la. Bye.. Miss Danial..
Jumaat, 27 Mac 2009
KOMEN PROFESIONAL
Konsert kedua AF7 hambar
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
AKSI 14 pelajar pada pembukaan konsert membawakan lagu tema, Menuju Puncak.
RUANG besar untuk mempamerkan kekuatan, kelebihan dan transformasi vokal serta penyampaian menerusi persembahan berbentuk medley tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta membuatkan konsert kedua Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh hambar dalam kehangatan sokongan.
Berbanding konsert pertama, persembahan kedua yang menampilkan 14 peserta sebelum Adila diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir menunjukkan sedikit peningkatan.
Malangnya peningkatan yang ditunjukkan tidak seimbang, lantas memperlihatkan jurang besar antara peserta yang semakin selesa menguasai pentas manakala sebahagian lagi masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana dewan.
Kecuali Hafiz, Claudia, Zizi dan Rubisa yang memperlihatkan kesungguhan untuk menyahut cabaran bergelar juara, persembahan peserta lain memerlukan suntikan dan keajaiban untuk meyakinkan khalayak mereka layak berdiri di pentas AF7.
Mengulas mengenainya, peneraju AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata, tugasan itu bukan saja mencabar pelajar sebaliknya tenaga pengajar untuk menguasai 28 lagu berbeza pada waktu singkat.
“Perjalanan kesemua pelajar di pentas masih jauh tetapi kami cuma mendesak mereka untuk menyahut cabaran dengan memberikan tugasan mencabar.
TANGISAN tidak lagi mampu mengubah nasib Adila.
“Dari segi persembahan, kebanyakan peserta memperlihatkan peningkatan termasuk Adila yang menunjukkan prestasi persembahan yang baik.
“Untuk melihat mereka memberikan persembahan bertaraf profesional tidak mungkin berlaku dalam tempoh singkat. Sebaliknya itu semua adalah satu proses dan saya katakan, setiap pelajar sudah memberikan persembahan terbaik mereka.
“Masa diberikan untuk mereka juga singkat kerana dalam masa tiga hari, pelajar perlu memahirkan diri dengan semua aspek dan tuntutan persembahan. Semua itu tidak mudah dan memberikan cabaran kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini,” katanya.
Mengulas mengenai kritikan yang kurang berpihak kepada sebahagian besar peserta, Tiara berkata, dia bersama barisan tenaga pengajar bersepakat untuk memberi tumpuan secara peribadi supaya setiap aspek kelemahan peserta dapat diperbaiki.
“Kami akan memberikan tumpuan berdasarkan keperluan pelajar supaya kelemahan mereka dapat segera diatasi,” katanya.
Biarpun secara keseluruhannya Tiara berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan, namun dia tidak menafikan sebahagian peserta masih lemah dalam aspek penghayatan, pemahaman serta bentuk persembahan sesebuah lagu.
Kelemahan itu katanya, membuatkan pelajar berdepan sedikit masalah untuk membawakan dengan jelas struktur lagu yang dipertanggungjawabkan.
“Graf persembahan kali ini melonjak baik, memikirkan situasi pelajar yang baru dua minggu didedahkan dengan cara pembelajaran seperti ini,” katanya.
Mengimbas persembahan pada konsert kedua, sebahagian besar peserta masih kekok dan memerlukan lebih masa untuk mengadaptasikan diri dengan suasana baru terutama cara berdepan dengan khalayak.
Kelemahan memahami tuntutan itu menyebabkan sebahagian besar peserta lelaki terutama Akim, Obri, Sidi dan Yazid agak kaku dengan pergerakan terbatas di pentas.
Masalah yang sama juga menyerang Aishah yang gagal menyuntik tenaga untuk medley Cuba dan Gila menjadikan persembahannya tawar dan hambar kerana gadis kecil itu membiarkan dirinya tenggelam dalam ketidakselesaan di pentas.
Raut wajah yang tiada ekspresi serta bahasa tubuh yang masih ‘keras’ malah ada di antara mereka begitu jelas mempamerkan ketidakselesaan dengan tugasan diberikan mengganggu penonton untuk menghayati persembahan yang diberikan.
Gambaran itu sangat ketara pada wajah Akim, Obri, Yazid dan Sidi yang jelas memperlihatkan mereka sedang berperang dengan perasaan gemuruh hingga membangkitkan kekalutan ketika membuat persembahan.
Ini berbeza dengan Aril yang memperlihatkan keyakinan yang cukup tinggi di pentas tanpa menyedari jika tidak dikawal akan membinasakan dirinya sendiri.
Keyakinan itu malangnya ia tidak diimbangi dengan persembahan vokal serta kualiti persembahan yang membanggakan hingga ada beranggapan Aril sebagai peserta yang ‘poyo’ (beriya-iya).
Jika tidak ditangani dengan pantas, ia mungkin mendatangkan masalah kepada Aril terutama apabila berdepan dengan realiti dunia hiburan nanti kerana dari awal dia menonjolkan dirinya sebagai seorang yang angkuh dan meninggi diri.
Apa saja bisa terjadi kerana untuk bertahan di pentas AF7 tidak hanya bersandarkan kepada bakat semata-mata. Menyusun strategi untuk menonjol dan memikat hati penonton juga menjadi agenda utama sebahagian peserta.
Namun realitinya, apakah yang disaksikan di kamera dan kaca televisyen adalah diri mereka yang sebenar? Semua itu masih menjadi persoalan.
Ruang terbaik memperkenalkan Adila
MEMBAWA artis berpengalaman seperti Nas Adila Mohd Dan atau kini dikenali sebagai Adila masuk ke dalam AF7 dilihat ramai sebagai ruang terbaik untuk produksi mengeksploitasi kelebihannya sekali gus memperlihatkan sejauh mana Tiara dan fakulti mampu membawa transformasi kepada karier penyanyi itu.
Malangnya, peluang berharga itu tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh Astro lalu membiarkan saja Adila yang kurang menonjol sejak Diari AF7 diperkenalkan tenggelam tanpa diberi pendedahan sewajarnya.
Persembahan Adila menerusi medley Merawat Luka Terpendam dan Asyik tidak mengecewakan, berbanding kelemahan ketara yang ditonjolkan Rini, Yazid mahu pun Obri pada konsert kedua itu.
Namun sifat pendiam penyanyi dari Johor Bahru itu akhirnya menamatkan impiannya untuk melangkah jauh dalam pertandingan itu.
“Saya cuma menjadi diri sendiri dan tidak menyangka sifat pendiam itu dilihat sebagai kelemahan yang turut menyumbang kepada penyingkiran.
“Mungkin juga status sebagai penyanyi menyebabkan ada peminat yang kurang menyenangi kehadiran saya sebagai peserta AF7,” katanya ketika ditemui pada sidang media selesai konsert.
Biarpun menjadi peserta pertama meninggalkan pertandingan itu, Adila tidak kecewa kerana pengalaman selama dua minggu menghuni akademi terkawal itu tidak dapat dijual beli.
“Niat saya menyertai AF7 untuk mempamerkan bakat dan melihat sejauh mana masyarakat menerima kehadiran saya sebagai penyanyi.
“Jika tidak mengambil peluang ini, mungkin karier saya tidak menyerlah. Jadi saya tidak kesal sekali pun perjalanan saya berakhir awal.
“Menjadi 14 terbaik daripada 9,000 yang menghadiri uji bakat adalah pencapaian terbesar untuk diri sendiri,” katanya yang pernah melahirkan album Kekasih Kerinduan dan Istana Janji.
Mengakui agak terkilan kerana ruang pembelajaran bersama 13 teman yang lain terhenti, gadis berusia 22 tahun itu berkata, penyingkiran itu menjadi kejutan buat dirinya sekali pun dia sudah bersiap sedia menerima segala kemungkinan.
“Bila saja AC Mizal bertanya apa perasaan jika melihat dua rakan saya, Rini dan Yazid tersingkir saya dapat merasakan sesuatu akan berlaku. Malah dari awal detik pengumuman saya sudah berasa tidak sedap hati dan kerap memandang bagasi. Mungkin takdir untuk saya hanya di sini namun saya akan tetap berusaha dengan tunjuk ajar mereka berpengalaman di Astro,” katanya.
Selasa, 17 Mac 2009
Permulaan positif
Konsert minggu pertama AF7 masih menghiburkan walaupun persembahan keseluruhan sederhana saja
KETIKA tugasan membuat liputan konsert pertama Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh diterima, penulis tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat sebuah persembahan keseluruhan yang baik. Apatah lagi setelah kebanyakan rakan wartawan hiburan tidak memberikan rangsangan berbentuk positif apabila pulang daripada sidang media pengumuman pelajar yang berjaya melangkah ke akademi untuk musim ini.
Lebih-lebih lagi, setelah melihat sebuah lagi rancangan realiti berbentuk pertandingan nyanyian di stesen televisyen lain menyaksikan rata-rata pesertanya mampu memberikan persembahan terpuji. Jadi, keinginan untuk mengetahui apakah yang bisa dihidangkan oleh pelajar AF7 sebenarnya agak kurang. Bagaimanapun, bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil tepat jam 9 malam, tirai konsert AF7 yang dikemudi pengacara AC Mizal akhirnya dibuka.
Pada minggu pertama, 14 pelajar diberikan peluang menunjukkan kemampuan masing-masing bersandarkan lagu pilihan sendiri. Maka, kelihatan sebahagiannya cuba memukau hadirin dan pengkritik dengan lagu yang sebenarnya tidak sesuai kemampuan diri. Salah pilih lagu terus berlaku, apabila ada pelajar yang menyangka keupayaan mereka cukup luar biasa sedangkan ia sekadar 'biasa-biasa'.
Begitupun, pujian harus diberikan kepada beberapa pelajar yang mungkin bijak mengukur baju di badan sendiri. Hafiz yang menyampaikan Lagu Kita, Aril (Rahasia Perempuan), Isma (Sepi) dan Aishah (Dan Sebenarnya) umpamanya, menunjukkan persembahan yang dianggap baik oleh tiga pengkritik tetap - Datuk Khatijah Ibrahim, Edrie Hashim dan Adlin Aman Ramlie - kerana mereka mengetahui keupayaan diri.
Lalu nyanyian yang tidak kekok itu bukan hanya menyenangkan hati pengkritik terbabit, malah mereka mendapat sokongan padu penonton yang berada di dewan berkenaan.
Selain empat peserta tadi, Rubisa dan Zizi juga dilihat tidak mengecewakan apabila masing-masing mendendangkan lagu Matahariku dan Molek. Rubisa memiliki kemampuan menarik suara yang tinggi, manakala Zizi pula bijak menggunakan ruang di pentas. Masalahnya, apakah Rubisa hanya bersenjatakan jeritan yang lantang semata-mata? Harus ada kepelbagaian dalam corak persembahan wanita dari Kota Marudu beranak satu ini pada minggu-minggu akan datang untuk dia kekal lebih lama dalam pertandingan.
Seorang lagi peserta yang seharusnya lebih menyerlah ialah Qhaud, yang memilih lagu Phoenix Bangkit Dari Abu pada malam itu. Seandainya dia menggerakkan sedikit tari pada korus lagu yang amat menarik itu, pastinya persembahan jejaka berusia 25 tahun dari Selangor itu lebih diingati. Paling tidak, tarian itu yang pastinya boleh mengajak penonton bergembira sama mampu mengaburi kelemahan lain yang ada pada dirinya. Pelajar yang dilihat 'keras' oleh Adlin ini sememangnya punya aura tersendiri. Cuma dia perlu lebih cerdik menggali kelebihan terbabit.
Manakala peserta selebihnya, agak mudah untuk dilupa. Mungkin jika ada antara mereka yang tersingkir pada konsert pertama itu, peminat tidak akan hirau sedikit pun, apatah lagi untuk mempedulikannya. Nasib baik, akademi berasakan 14 pelajar tadi harus diberikan peluang lebih lama untuk mendapatkan ilmu daripada tenaga pengajar, yang dipimpin Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai pengetuanya.
Secara keseluruhan, konsert pertama itu tidaklah mendukacitakan. Memang ada sedikit kepuasan selepas menyaksikan konsert ini sehingga selesai. Bukanlah konsert yang mengagumkan, tetapi cukup untuk menghiburkan pengikut setia rancangan berkenaan.
Jika beginilah permulaan persembahan musim ketujuh, nampaknya lebih banyak harapan boleh disimpan untuk minggu-minggu akan datang. Lebih penting, 14 pelajar tadi wajib menampilkan persembahan lebih baik, supaya kemunculan mereka dalam program realiti popular itu diingati bagi tempoh waktu yang lebih lama.
Pada ketika pelajar sudah mula menunjukkan kemampuan, AC juga tidak ketinggalan menghidupkan suasana dengan cara kendaliannya. Tidak melalut atau mengeluarkan lawak yang tidak patut, dia tenang mengacarakan episod pertama acara persembahan. Lalu, konsert itu berakhir dalam tempoh waktu yang sudah ditentukan.
Dilihat sebagai ringkas dan padat, konsert pertama tidak menampakkan kecacatan.
Cuma, perubahan lokasi konsert dari Dewan Sivik Majlis Bandar Raya Petaling Jaya ke Dewan Sri Putra Bukit Jalil seperti mengurangkan sedikit prestij rancangan konsert itu sendiri. Mungkin kerana kekangan bajet, maka lokasinya diubah pada tahun ini. Namun keseronokan menonton bagi peminat di dewan, pasti lebih dirasa pada tempat yang lama.
Dari segi kritikan pula, Astro patut berterima kasih apabila Adlin sekali lagi menerima tugas sebagai pengkritik tetap program ini. Dia banyak menyelamatkan keadaan dengan tegurannya yang lantang, tetapi berisi.
Khaty dan Edrie mungkin belum menemui 'sentuhan' yang diperlukan untuk menyedapkan lagi program terbabit. Mungkin mereka sudah diminta supaya berlembut pada pusingan pertama ini. Edrie lebih banyak menyingkap sejarah ketika dia menguji bakat peserta, sebelum mengeluarkan ulasan.
Tiara menaruh harapan tinggi
SEMENTARA itu, pada sidang media selepas konsert, Tiara melahirkan kegembiraannya apabila beberapa pihak menghulurkan ucapan tahniah selepas persembahan minggu pertama musim ketujuh dikatakan lebih baik berbanding konsert pada beberapa musim sebelumnya.
Begitupun, katanya, perjalanan pelajar dan semua yang terbabit dalam menjayakan program musim terbaru itu masih jauh. Ditanya pandangannya terhadap tumpuan peminat yang kini jelas terarah kepada Hafiz, Aril, Rubisa dan Aishah setelah berakhir konsert sulung, Tiara berkata, begitulah lumrah program realiti apabila sebahagian peserta mampu menarik lebih banyak sokongan berbanding peserta lain.
"Menjadi cabaran kepada kami tenaga pengajar untuk mendidik peserta lain supaya mereka juga mampu memberikan persembahan yang baik, demi mendapatkan perhatian daripada lebih ramai peminat, sebagaimana rakan mereka tadi.
"Dengan itu, kegemilangan dapat sama-sama mereka rrasai," katanya.
Tiara berbangga dengan pelajar yang dipilih menyertai akademi pada kali ini dan tegasnya, setiap hari, mereka akan mengkaji pencapaian diri, sama ada penanda aras yang ditetapkan sudah berjaya dicapai atau sebaliknya.
"Dengan cara itu, mereka sentiasa meletakkan sasaran yang tinggi terhadap diri sendiri. Saya sendiri memang menaruh harapan yang tinggi pada semua pelajar ini," ujar Tiara.
Mengenai lagu dan tarian Menuju Puncak yang tidak dipersembahkan pelajar pada minggu terbabit, Tiara menjelaskan, sejak awal dia sudah dimaklumkan hanya penari yang akan mempersembahkan lagu wajib itu pada konsert pertama.
"Ia juga sebahagian daripada kejutan yang dirancang. Malah anda boleh menjangkakan bermacam-macam lagi kejutan sepanjang berlangsungnya AF7 ini. Banyak lagi perkara yang tidak pernah berlaku dalam AF sebelum ini akan diadakan dalam musim terbaru .
"Sememangnya banyak tradisi akan dilanggar sepanjang musim ini. Bagi saya, kita tidak akan ke mana-mana jika tidak berani memecahkan benteng. Kita perlu bergerak ke depan untuk mencapai kegemilangan," katanya.
Pada pertanyaan mengenai tindakan mendahulukan lagu pilihan pelajar untuk persembahan minggu pertama, Tiara berkata, ia diadakan seawal ini bagi melihat personaliti pelajar itu sendiri, serta muzik bagaimana yang mereka gemari.
Baginya, AF ialah sebuah perjalanan yang agak panjang dan dengan mengetahui karakter diri pelajar dari awal, usaha membentuk mereka menjadi penyanyi yang baik lebih akan lebih mudah dilakukan pada kemudian hari.
