Chat with Rubisa:

Ahad, 3 Mei 2009

Rubisa Mystarz - Dokter Cinta

Rubisa Mystarz - Makhluk Tuhan Paling Seksi

Rubisa Mystarz - Siapa Gerangan

Rubisa Mystarz - Dokter Cinta

Rubisa Mystarz - Destinasi Cinta

Khamis, 23 April 2009

Bukan Main Lagi Bekas Pelajar AF7!


KL, 23 APRIL 2009: Hebat sungguh impak atau penangan Akademi Fantasia 7 (AF7). Murai Batu mengatakan demikian kerana mendengar khabar 3 pelajar wanita yang telah tersingkir iaitu Adila, Rini dan Rubisa sudah mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan. Ha, pasang strategi ke?

Pertama sekali, Murai Batu diberitahu Adila dah pasang pengurus baru. Dulu sebelum AF, kalau buat fotografi dengan pihak media mesti dia ditemani ibunya. Tapi sekarang ibu Adila dah boleh berehat kerana dah ada pembantu lain. Ketika ini Adila pun sudah mempunyai single terbaru dan mula berkumandang di corong radio.Selepas Adila pula, Murai Batu dapat tahu cerita menarik tentang Rini akan membuat single terbaru single dan kemungkinan akan bekerjasama dengan komposer terkenal, Aidit Alfian. Amboi, tahun depan bolehlah Rini bertanding dalam AIM, Muzik Muzik atau ABPBH pulak.

Sementara itu, Murai Batu tidak ketinggalan mendengar cerita tentang Rubisa. Dia antara bekas pelajar AF7 yang mendapat tawaran persembahan yang paling banyak. Malah, Rubisa akan berhijrah ke Kuala Lumpur bulan Jun ini kerana mahu memberikan fokus kepada kerjaya seninya.

Baguslah tu.Pun begitu, Murai Batu masih belum dengar cerita mengenai Sidi, Obri, Qhaud dan Zizi. Tapi sikit hari nanti mestilah ada perkembangan menarik tentang mereka tu. Apapun, Murai Batu dapat tahu, keluarga Obri akan membuat majlis kenduri doa selamat sempena penyertaannya dalam AF7 lalu serentak dengan satu majlis pertunangan. Hai siapa bertunang? Obri ke?

Rabu, 15 April 2009

Rubisa Benci Sikap Talam 2 Muka

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Baung

"Saya tak akan masuk program pertandingan lagi." Begitulah kata Rubisa sebaik saja namanya disebut sebagai pelajar yang tersingkir. Pengakuan ini dilontarkan atas kerana Rubisa atau nama sebenarnya, Rubisa Tiasin, sudah banyak kali menyertai program realiti seperti Mystar LG.Pun begitu, ibu kepada seorang cahaya mata ini bertekad akan terus berjuang menjadi penyanyi yang disegani sehebat penyanyi kegemarannya - Faizal Tahir dan Rossa."Apabila tersingkir, saya memang sedih tapi semua ini baru titik permulaan bagi saya. Selepas ini saya tidak lagi menyertai mana-mana program realiti kerana AF adalah pengalaman terbaik buat saya. Insya-Allah, lepas ini kami sekeluarga akan menetap di Shah Alam, Selangor, memandangkan suami saya baru saja dipindahkan bertugas di ibu negara," ujar Rubisa.
Jangan Tak Lihat

Mengakui dirinya sudah lama mengenali Zizi, Rubisa tidak menafikan dia sebenarnya lebih rapat dengan Claudia. Mungkin atas sebab status yang sama iaitu ibu anak satu. Pun begitu Rubisa kesal dengan satu perkara."Terus-terang saya katakan, saya memang tidak suka dengan kawan yang bersifat talam dua muka. Saya terkilan kerana ada yang sanggup memburuk-burukan kawan sendiri sehingga membuatkan orang lain percaya. Saya tahu, ada yang cuba jatuhkan kawan sendiri," ujarnya lagi.Sementara itu, Rubisa masih lagi tidak boleh lupa saat manis kemesraan kawan-kawan dalam akademi. Malah, gelak-tawa dan gurauan mereka semua masih lagi terngiang-ngiang dan terbayang dalam fikirannya."Selain Claudia, saya juga rapat dengan Aril. Untuk cikgu pula, saya suka dengan Cikgu Siti, Cikgu Shafi dan Cikgu Aris. Mereka semuanya banyak beri sokongan pada saya dan mudah faham masalah kami yang berstatus pelajar," tambahnya.Rubisa berkata penonton AF masih lagi belum berpeluang menilai bakat sebenarnya dalam bidang nyanyian. Atas sebab ini, dia bertekad untuk tidak akan pernah berputus asa walaupun dilanda cabaran."Saya tahu kemampuan saya malah saya boleh menyanyikan lagu bernada tinggi. Saya juga boleh menyanyikan 8 bahasa lagu yang berlainan," akhir Rubisa dengan yakin